Nuffnang Ads

Tuesday, March 1, 2011

7 Tanda-Tanda Kekasih Anda Berlaku Curang!!

1.Sentiasa mencari/memberikan alasan apa saja asalkan dapat mengelak/berjauhan dari anda.

2.Jika sebelum ini si dia sering memberikan sentuhan kimia ketika keluar date dgn anda, TAPI tidak kini.. walau bagi anda date itu akan menjadi kenangan manis buat anda, tapi tidak bagi dia. dan anda akan merasakan sesuatu yang kurang tetapi si dia berjaya mengaburi mata anda.akhirnya anda merasakan bahawa ia cuma sesuatu yang normal.

3.Si dia akan cuba 'buang kes' atau pun tukar tajuk bila anda melontarkan pandangan anda mengenai kisah2 curang. ini mungkin disebabkn si dia rasa bersalah atas sifat curangnya.

4.Sekiranya anda meluangkan masa dengan si dia di hujung minggu,dan anda cuba mengimbas nostalgia anda bersamanya saat mula2 bercinta dahulu, pastinya si dia akan cuba menamatkan perbualan itu. dan terpulang dari si dia sama ada mahu menamatkan perbualan itu dengan cara terang-terangan, ataupun secara halus yang          
membuatkan anda tidak sedar akan tujuannya.

5.kredit hp si dia ditelan dengan sekelip mata??!!. mungkin, anda selalu mengisi kredit hp BF/GF anda,akan tetapi, anda rasa seakan2 kredit si dia lebih cepat habis berbanding kredit anda.  dan bila anda mengajukan pertanyakan kepada si dia, banyak alasan yang akan membuatkan anda bertambah leka dan lalai, ada saja alasan yang diberi, contohnya,"i rindu sangat dgn mommy i, jadi i kol la sekejap, tup tap tup tap kdt i dah 0sen. sry sayanggg, :'( " atau "alaaaa~!! honey bukan tak tau, kan dari hari tu hubby dah bagitau kat honey yang number hubby ni ade problem, ntah pape lain dgn caller ringtone, lain lg dgn charge2 service lain. honey jgn la marah, esk hubby top up skali dgn number honey k.. ;)" akhirnya anda pun terbuai dgn kata2 si dia.

6.tempat2 yang sunyi adalah tempat kegemarannya sekiranya anda mengajak dia keluar bersama. kenapa?? sebabnya, dia takut,gelisah dan rasa kekok bila berjalan berkepit2 dengan anda di kawasan yang ramai orang, takut2 ada wanita curangannya ataupun mata2 wanita curangannya melihat kamu bersama2.


7.Si dia akan mula mencari jalan agar dapat berpisah dengan anda, contohnya si dia akan mencari,dan mengumpul apa saja kesalahan2 anda dari sebesar gajah hinggalah sejentik kuman. dan akan melontarkan semua yang kononnya kepedihan yang dia tak sanggup untuk menampungnya lagi dan si dia akan memastikan agar hubungan anda berdua akan tamat pada saat itu juga!!!

Harap info2 ini berkesan untuk yang baru mula bercinta. kalau ada silap dan salah, harap di maafkan. apa2pun terima kasih kerana sudi membaca di ruangan ini. ^^                                                                                                                                                                 
     

No comments:

Post a Comment